"Adakah Berbaloi Jika Membeli Hartanah Leasehold..??"
"Adakah Berbaloi Jika Membeli Hartanah Leasehold..??"
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
.
.
Bezanya dengan pegangan Hakmilik kekal, nilai hartanah Hakmilik Kekal @ Freehold lebih tinggi berbanding hartanah pajakan @ Leasehold.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
.
.
Bezanya dengan pegangan Hakmilik kekal, nilai hartanah Hakmilik Kekal @ Freehold lebih tinggi berbanding hartanah pajakan @ Leasehold.
Hartanah pajakan bukanlah tidak baik. Cuma ianya bersifat 'pinjaman' 99 tahun. Tempoh pemilikan tersebut sebenarnya agak lama. Walaupun bakinya tinggal lagi 60 tahun, dibolehkan untuk memohon melanjutkan tempoh.
Bagi pelabur hartanah pula, mereka pasti akan menjualkannya tidak sampai 10 tahun pemilikan. Purata bagi jangka hayat umur manusia hidup pun tidak lebih 99 tahun. Dalam tempoh itu juga akan ada berlaku pemindahan harta pusaka kepada waris yang baru. Kebanyakan orang yang memiliki hartanah tidak lebih dari 99 tahun umurnya akan berpindahmilik kerana banyak sebab.
Kerajaan memberi pemilikan hartanah berstatus pajakan adalah bagi menyekat suatu monopoli kuasa atau bangsa asing. Selain itu untuk menjaga kepentingan awam, merancang pembangunan setempat dan juga melindungi hartanah dari disalah gunakan.
Ianya bukanlah berisiko besar bahawa kerajaan negeri akan merampas kembali hartanah pajakan walaupun ia berhak. Salah satu hasil pendapatan kerajaan negeri perolehi adalah dengan cara mengenakan cukai dan premium ke atas milikan hartanah. Jadi agak baiknya juga kerajaan negeri mengenakan syarat pemilikan seperti ini. Sungguhpun hartanah dirampas, pemohon biasanya akan mendapat tuntutan yang setimpal atau sewajarnya.
Soalnya bukanlah yang mana utama samada pajakan atau Hakmilik Kekal dalam memiliki hartanah. Nilaian hartanah bergantung kepada sesuatu kawasan atau tempat ia dibangunkan.
Semakin banyaknya faktor kemudahan dan pembangunan yang pesat sesuatu kawasan, semakin tinggi harga yang dinilaikan walaupun pajakan. Sudah tentu ianya BERBALOI dari hartanah Hakmilik Kekal tapi nilainya agak lebih murah kerana pembangunan sekeliling atau sesuatu lokasinya.
Sekarang pun banyak syarikat pemaju membuat binaan atau perumahan atas tanah yang berstatus pajakan di kawasan yang sedang membangun. Cuma jika memiliki hartanah Hakmilik Kekal @ Freehold dikira suatu 'bonus'. Kesimpulannya tiada harta yang kekal abadi di dunia ini. Yang ada hanya amalan yang di bawa mati.
Comments
Post a Comment