"TIPS & FORMULA MENGENALI HARTANAH YANG BAIK UNTUK PELABURAN / DISEWAKAN"

"TIPS & FORMULA MENGENALI HARTANAH YANG BAIK UNTUK PELABURAN / DISEWAKAN"
● Sesuatu lokasi dan jenis kediaman rumah amatlah penting untuk dikaji dan diselidik sebelum anda membeli untuk sesuatu tujuan atau pelaburan.
● Kadar sewa bagi rumah bangunan yang bertingkat (Flat / Apartment dsb) biasanya melebihi daripada ansuran bayaran bulanan kepada bank sangat bagus dibeli dan disewakan kerana adanya Cash Flow + (aliran tunai positif).
● Berbanding dengan rumah jenis landed @ atas tanah pula adanya Capital Appreciation. Ia hanya sesuai untuk Flipping. Beli simpan & jual. Bagaimanapun ada juga yang bagus disewakan bagi kawasan tertentu.
● Salah satu faktor yang menjadikan hartanah itu bagus untuk dibeli adalah seperti lokasinya yang membangun dan mempunyai permintaan tinggi atau banyaknya transaksi sewa beli.
● Dengan adanya kemudahan asas yang berhampiran dapat menambahkan nilai sewa dan harga hartanah tersebut. Antaranya seperti;
√ Kedai Runcit
√ Supermarket
√ Restoran / Kedai Makan
√ Taman Riadah
√ Kemudahan Pengangkutan Awam Seperti Teksi, MRT, LRT, Bas Awam dsb.
√ Pasaraya / Pusat Membeli belah.
√ Sekolah, Kolej, Universiti, Hospital, Balai Polis, Bomba, Majlis Perbandaran, Pejabat Pos dsb.
√ Kawasannya terletaknya di tengah-tengah bandar.
.
.
.
Formula R.O.I Return On Investment & Rental Yield Return
- Ansuran Bulanan Pembiayaan Bank × 12 Bulan ÷ 10 Bulan
√ Contoh: RM1,000 (Ansuran) x 12 Bulan ÷ 10 Bulan = RM1,200 (penetapan minimum kadar harga sewa bulanan)
➖➖➖➖➖
- % R.O.I = Harga Sewa Setahun ÷ Harga Hartanah (x) 100= _____%
- Nilai peratusan yang bagus sebaiknya melebihi 7.5%.
- Formula: Sewa bulanan × 12 ÷ Harga Rumah × %
√ Contoh: RM1,000 x 12 ÷ RM150,000 × 100 = 8% (kadar ROI yang bagus)
.
.
.
● Semak harga jualan pasaran dan nilai sewa dengan membuat kajian seperti di brickz.com.my, mudah.my, propertyguru.com.my atau boleh juga bertanyakan kepada banker / ejen hartanah.
● Jika mahu tambahkan aliran wang sewaan, boleh kenakan sewa kepada per room @ per head.
● Tambahan: Sediakan beberapa alat kemudahan atau perabot seperti almari, meja makan, peralatan dapur, kerusi ruang tamu dsb dalam rumah yang boleh menaikkan harga sewa.

Comments

Popular posts from this blog

UNTUK DIJUAL!!! FLAT KELOMPOK SERINDIT AU3, KERAMAT (TINGKAT 3)

FOR SALE!!! DOUBLE STOREY HIGH COST JALAN SETIA WAWASAN U13/31B, PRECINT 10, SETIA ALAM (NEW HOUSE, BIGGER SIZE)

FOR SALE!!! DOUBLE STOREY CLUSTER HOUSE PUTRA PERDANA, PUCHONG (LARGER AREA)