"PERBEZAAN REZAB MELAYU & BUMI LOT"
"PERBEZAAN REZAB MELAYU & BUMI LOT"
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Mungkin ada yang keliru bila melihat iklan² jualan hartanah yang melibatkan 2 jenis status pemilikan tersebut.
Atau mungkin juga ada yang tak pernah dengar langsung tentangnya.. Mai baca habis bagi jelas.
.
.
Apa itu Rezab Melayu?
● Tahukah anda, pada era zaman British dulukala, banyak syarikat perlombongan dan pertanian orang British dan orang China membeli tanah di Tanah Melayu sehinggakan hak pemilikan orang Melayu semakin banyak terpinggir.
● Kemudiannya kerajaan British telah mengeluarkan Enakmen Rezab Melayu pada tahun 1913 bagi bertujuan menjamin tanah milik orang Melayu terpelihara.
● Maksud hartanah Rezab Melayu sesuatu penempatan atau kawasan dimana hanya orang Melayu sahaja boleh menjual beli hartanah. Pemilik hartanah tidak boleh jual dan beli kepada orang bukan Melayu atau bangsa asing.
● Disebabkan hanya orang Melayu sahaja yang boleh memiliki hartanah pada masa itu, infrastruktur di kawasan Tanah Rezab Melayu kurang maju kerana nilainya kurang tinggi berbanding kawasan tanah berstatus Pegangan Bebas (Freehold).
● Kebiasaannya status hartanah Rezab Melayu dinyatakan dalam atas Geran Hakmilik individu. Ada yang menggelarkan Hakmilik individu sebagai 'Geran Merah' berikutan dakwat pen merah yang digunakan untuk menulis ayat tersebut di atas geran semasa dahulu.
● Hartanah Rezab Melayu adanya sekatan-sekatan atau halangan terhadap sesuatu transaksi atau penggunaannya.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Apa itu Bumi Lot?
● Bagi status hartanah Bumi Lot, ianya ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam pelan Kelulusan Perancang.
● Ia hanya diguna pakai dalam jualan hartanah baru oleh pemaju (Developer). Pemaju perlu menjualkan lot-lot tanah tersebut kepada golongan orang Bumiputra @ Melayu sahaja.
● Hartanah yang dikenali sebagai unit Bumi Lot jarang terdapat label di atas hakmilik individu hartanah tersebut.
● Di dalam sesuatu kes, perjanjian jual beli akan menentukan sama ada hartanah tersebut adalah unit Bumi Lot atau pun tidak.
● Di sesetengah negeri, status Bumi Lot @ 'Lot Bumiputra' boleh dilihat di bawah sekatan kepentingan hartanah tersebut dan di dalam kes terpencil, boleh lihat label Bumi Lot di atas Geran Hakmilik individu seperti yang dibuat untuk hartanah Rezab Melayu.
● Terma Bumi Lot berkait rapat dengan kuota Bumiputra yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan yang memberikan kelulusan ke atas pemaju perumahan.
● Sekiranya lot hartanah tersebut tidak dapat dijualkan, pihak pemaju boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri untuk membenarkan unit Bumi Lot tersebut dijual kepada orang bukan Melayu.
● Sesetengah kes, kuota ditetapkan untuk keseluruhan pemajuan perumahan tersebut dan memerlukan keempunyaan bumiputra berada pada peratusan tertentu tanpa menyatakannya sama sekali di dalam perjanjian jual beli.
● Sekiranya hartanah Bumi Lot tersebut dijual dan dipindahmilik kepada orang Melayu, status tersebut tidak lagi terpakai.
● Dalam erti kata lain, pemilik tersebut tidak terikat untuk menjualkan kepada orang Melayu sahaja.
● KECUALI ianya ditulis dengan JELAS syarat nyata di dalam Geran "Tanah ini hendaklah di miliki oleh Bumiputra Sahaja" atau ditulis "Tanah ini tidak boleh dipindahmilik melainkan kepada Bumiputra sahaja" atau mana-mana peraturan syarat kecil yang diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri Tempatan.
● Biasanya 30% pemilikan hartanah orang Bumiputera perlu ada dalam suatu penempatan atau perumahan untuk menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.
.
.
Dah baca boleh LIKE + SHARE + sekiranya bermanfaat. Bantu saya viralkan info ini. TQ

Comments
Post a Comment