CARA RINGKAS MEMBELI RUMAH LELONG
CARA RINGKAS MEMBELI RUMAH LELONG
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
√ Semak status kelayakan dengan bank sekiranya pembelian melalui pembiayaan / pinjaman bank (kecuali belian secara tunai).
√ Dapatkan senarai atau info rumah yang bakal dilelong melalui ejen atau laman web pelelong. Lawati sendiri ke lokasi alamat.
√ Periksa keadaan rumah samaada berpenghuni atau tidak serta lain-lain kerosakan jika ada. Lihat keadaan kejiranan dan persekitaran sekeliling.
√ Sekiranya berminat, dapatkan maklumat Surat Perisytiharan Jualan Lelongan @ Proclamation of Sales (P.O.S). Pastikan tarikh lelongan masih belum terlepas.
√ Baca dan fahamkan segala syarat-syarat berkaitan status hartanah / sekatan / bebanan / cukai / tanggungan tunggakan dan lain-lain.
√ Sediakan deposit wang tunai 10% daripada harga rizab rumah. Contoh harga rumah: RM100,000 x 10% = RM10,000 Deposit.
√ Buat Bank Deraf mengikut syarat yang dinyatakan ke atas penama bank yang melelong. Pastikan tiada kesalahan amaun dan ejaan nama pada Bank Deraf.
√ Letakkan HAD maksimum harga yang mahu dibida.
√ Tawaran harga lebih tinggi akan dikira sebagai pemenang yang berjaya membeli.
√ Selesaikan baki harga jualan dalam masa 90 - 120 hari dari tarikh lelong melalui pinjaman bank atau bayaran secara tunai.
√ Lantik peguam hartanah bagi urusan pindahmilik sekiranya berjaya membeli.
√ Jika perlu, dapatkan khidmat ejen hartanah untuk panduan, bantuan, carian dan lain-lain.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
F.A.Q
- Soalan: Apa itu rumah lelong?
Jawapan: Hartanah atau rumah lelong adalah harta yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat awam (dewan, bilik atau hotel).
Jawapan: Hartanah atau rumah lelong adalah harta yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat awam (dewan, bilik atau hotel).
Biasanya hartanah lelongan bank lebih murah 10%-50% dari harga pasaran.
- Soalan: Kenapa rumah dilelong?
Jawapan: Kebiasaannya tuan rumah (peminjam) gagal membayar balik ansuran pinjaman perumahan kepada institusi kewangan @ bank dalam tempoh perjanjian.
Jawapan: Kebiasaannya tuan rumah (peminjam) gagal membayar balik ansuran pinjaman perumahan kepada institusi kewangan @ bank dalam tempoh perjanjian.
- Soalan: Perlukah saya mengeluarkan modal atau wang deposit untuk membeli rumah lelong?
Jawapan: YA. Anda perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak 5%-10% (mengikut terma P.O.S) dari harga rizab rumah tersebut dalam bentuk Bank Deraf dan dibayar kepada nama bank yang melelong.
Jawapan: YA. Anda perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak 5%-10% (mengikut terma P.O.S) dari harga rizab rumah tersebut dalam bentuk Bank Deraf dan dibayar kepada nama bank yang melelong.
Sediakan wang tambahan 5%-10% untuk bayaran yuran guaman, bayaran bil, cukai, kos menambah atau membaikpulih rumah dan lain-lain.
Comments
Post a Comment